Aku cuba menusuri jalan-jalan yang agak pening dan boleh membuat aku menjadi gila.Aku tidak tahu kemanakah aku akan berada? mungkin juga aku akan berada di alam lain?.Aku setiba ditempat yang agak susana dia agak suram dan sunyi walaupun ada berapa orang sahaja yang ada.Aku merasa hairan mungkin juga aku berada di sesuatu alam yang agak pelik.aku teruskan perjalannan aku sehingga aku jumpa persimpangan jalan.Muka aku agak pucat dan takut melihat orang disekeliling aku.Orang yang berada di tempat itu merasa diri aku ini macam ternampak sesuatu bayangan yang agak takut tetapi aku tetap teruskan perjalanan aku ini.Setibanya aku di atas tangga ada orang yang cuba memanggil aku dan memanggil aku.Aku tidak jawab apa-apa pun dekat orang itu cuma aku berdiam diri sahaja.Orang itu menekori aku hingga ke atas tangga.Orang itu sudah mengeluarkan sesuatu di dalam poket dia dan dia tarik aku dan aku mula memukul dia dan dia pun jatuh.Dia cuma ingin bagi sepucuk surat dari aku dan aku membuka surat itu tiba-tiba didalam itu ada sebuah sajak yang agak unik.Dan setibanya aku di hujung jalan aku terjatuh di atas rumput..Rupa-rupanya aku terjatuh dia atas katil dan mimpi itu tadi hanya mainan saja.
No comments:
Post a Comment