Wednesday, February 22, 2012

Tribute Sudirman Hj Arshad





Bagai tiada hentinya seorang insan yang cukup gah dengan lagu-lagu yang dimainkan atau didendangkan itulah Sudirman Hj Arshad atau lebih dikenali dengan nama panggilan Sudirman.Beliau dilahirkan untuk menjadi seorang penghibur yang berkaliber,dia dikatakan seorang yang penuh ilusi dan cara nyanyian beliau.Ramai peminat beliau dibesarkan dengan lagu-lagu Sudirman sampai ada sanggup menghafal lirik lagunya tetapi bukan sekadar menghafal lirik sahaja peminat sanggup mengumpul barang-barang,buku dan apa sahaja tentang Sudirman.Walaupun dia telah pergi meninggalkan kita namun dia bagaikan masih hidup dan segar sampai sekarang.Kenangan Sudirman Hj Arshad yang paling mejadi sejrah adalah kenangan semasa beliau mengadakan konsert di Chow Kit.Konsert yang diadakan pada 15 April 1986 sudah menampa nama dalam Malaysia Book Of Records dan berjaya memikat penonton sebanyak 100 ribu orang mebanjiri jalan Chow Kit.Sudirman Hj Arshad dikatakan telah penjadi Penghibur Terbaik Asia pada Mac 1989 dan banyak juga anugerah yang digondol oleh beliau.Sudirman meninggalkan lagu-lagu koleksinya kepada peminatnya terutama sekali lagi Salam terakhir dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf dan memberi makna buat peminat beliau.Kata-kata yang terungukup oleh Sudirman ialah"Walau apapun terjadi, bagi Sudir,perjuangan Sudir dalam bidang seni ini tiada noktahnya.Selagi nadi ini masih berdenyut,selagi peminat meminati Sudir,selama itulah Sudir berjuang

dalam dunia hiburan"


SUDIRMAN HJ ARSHAD

25 MEI 1954-22 FEBRUARI 1992

No comments:

Post a Comment