Tuesday, June 19, 2012

Pelangi Petang

Pelangi Petang bagai satu perumpanan hidup yang tiada erti olak dalik ini.Bila terdengar lagu daripada arwah SUDIRMAN HJ ARSHAD yang bertajuk Pelangi Petang aku terdapat lagu ini banyak isi tersirat yang tersimpan di dalam lagu yang penuh dengan kisah dan jalan ceritanya.Pada rangkap pertama lirik ini iaitu "Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi" Kegelapanku banyak menceritakan tentang keadaan seorang insan untuk mencari jalan keluar untuk bebaskan diri daripada dunia kegelapan itu.Seorang insan ini sanggup tempuh pelbagai dugaan dan cabaran disetiap jalan dan lorang yang mencabar bagi dia.Diri dia telah dilanda kegelapan hidup namun bagi dia hanya dapat untuk bebaskan seluruh raga dia dari lorang itu.Bagi rangkap kedua lirik lagu ini "Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya" dia ingin menceritakan bahawa dia ingin membawa satu cahaya atau sebuah laskar pelangi untuk membawa dia satu harapan untuk bersamanya sehingga ada sinar ini dapat teranginya.Rangkap ketiga lirik ini "Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini" banyak menceritakan tentang secara pantasnya dibelakang selepas hujan turun dan dia muncul bagaikan pelangi namun juga gelap tanpa sedikit cahaya untuk teranginya namun juga hati dia tidak berseri.Insan ini dapat keluar daripada kekompong kegelapan itu kerana dia gembira di hati sebab dapat keluar dari dunia kegelepan dan ada pelangi petang yang muncul.Rangkap terakhir pelangi petang "Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau" kan pasti Pergi jua seorang insan ini berasa sedih kerana hilang segala-galanya sebab tidak terasa saat bersamau namun insan ini menitiskan akhir mata kerana dia pergi meninggalkan kita untuk insan ini.Olak cerita dan monolog ini bagai satu jalan cerita yang tiada had namun PELANGI PETANG ada segala-lgala sehingga pergi jua...

2 comments: